Saturday, November 1, 2014

Final Year Exam

Assalamualaikum.
Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa utk membaca entri2 saya di blog ini. Di sini juga saya ingin meminta maaf kerana tidak boleh berblog sepanjang masa. Ini adalah kerana saya ketiadaan masa dan idea. Berbalik kpd tajuk entri ini. Hari ini 2 November 2014 akan bermulanya Peperiksaan Akhir Tahun SMK Ibrahim. Saya yang berada di tingkatan 2J sangat takut dan gementar utk menduduki peperiksaan. Saya anggap peperiksaan kali ini bukanlah seperti yg pernah saya duduki sebelum ini (PPT, Ujian 1, Ujian 2). Ini adalah kerana semua tajuk akan dimasukkan di dalam satu kertas. Yang paling saya takut ialah Sejarah dan Geografi. Sesetengah berpendapat yang mata pelajaran ini senang, tetapi tidak bagi saya. Di kelas, saya kurang menumpukan perhatian atas sebab saya duduk di belakang dan sering mengantuk. Matematik, Sains dan BM juga antara subjek yang saya sangat takut. Utk Peperiksaan Pertengahan Tahun, saya mendapat 60 markah untuk Matematik, 50 markah untuk Sains dan 60 markah untuk BM. Target saya untuk PAT ini adalah semua A. In Sha Allah. Tolong doakan saya untuk cemerlag dalam peperiksaan ini. Terima kasih.

Yang benar,
Afif Idlan